KAIFIAT DOA/NIAT KETIKA MENGAMBIL WUDUK

Bacaan Dan Doa Ketika Berwuduk | Berikut adalah bacaan Doa yang teman selalu amalkan ketika berwuduk.. (tapi kadang2 kalau nak cepat, terlupa jugak.. heeee..).. Alang2 dah ambil wuduk tu, apasalahnya rajinkan mulut baca niat2 ni.. lagi rasa bermakna yang amat sangat wuduk kita tu, percayalah.. Moga jadi perngkongsian buat semua..
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan2 blogger dan pembaca blog ini, tadi masa jengjalan ke blog kawan2.. teman terjumpa entri yang ni di Blog http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/ .. Saja teman reshare sebab teman pun selalu amalkannya sejak rakan ofis teman ajar dulu..rakan ofis tu namanya Kak Has.. dialah selalu share dan mengajar teman macam2 berkaitan agama.. syukur.. kami saling kongsi macam2 info dan artikel berkaitan ilmu agama ni.. Apakata sama-sama kita ramai2 amalkan yea.. Ini dia Doa/Niat Ketika kita Mengambil Wuduk..
 

Ketika mengambil Wuduk niatkanlah dalam hati..

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini”.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
“Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim dan janganlah Kau biar aku tergelincir Jatuh ke dalam Api Neraka.. 

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”


 Ceramah FULL Ustaz Syamsul Debat

| Rumahku Syurgaku |

PAU 2017

 


FOR TODAY ONLY


BMW E60 = DEPOSIT 28,888k
TOYOTA ALPHARD 3.0 = DEPOSIT 33,888k
TOYOTA ESTIMA 2.4 = DEPOSIT 33,888k
VOLKSWAGEN BEETLE 3.0 = DEPOSIT 35,888k
MINI COOPER S = DEPOSIT 28,888k
MERCEDES BENZ E250 cgi = DEPOSIT 55,888k
TOYOTA VIOS 2013 = DEPOSIT 15,888k
NISSAN ALMEERA 2014 = DEPOSIT 14,888k

HOTLINE FENDI 0137045971

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE WEBSITE
WELCOME TO WEBSITE

FEEL FREE TO VISIT USEDCAR SHOWROOM AROUND KUALA LUMPUR & SELANGOR USEDCAR FOR MORE CHOICES.
WWW.FENDYPRO.COM

MORE THAN 50 CARS #SAMBUNGBAYAR TO CHOOSE FROM.

admin Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *